Friday 25 November 2011

Cara Pikat Kembali Hati Isteri

Isteri bukan amah  

Guna budi bicara ketika meminta pertolongan isteri, jangan asyik mengarah sebaliknya suami berehat dengan membaca akhbar atau menonton televisyen saja. Jika isteri bekerja, suami patut lebih bertimbang rasa kerana isteri bukan robot, mereka juga penat dan perlu berehat selepas seharian di pejabat. Apa salahnya tolong dia.....

Ingat tarikh penting  

Manusia memang suka dihargai, apatah lagi jika insan itu isteri kita. Bayangkan bagaimana gembira hati isteri anda jika suami sentiasa mengingati tarikh perkahwinan dan hari jadi isteri. Tak bagi hadiah mahal pun tak per...sekadar ucapan dah cukup buat hatinya cair......

Ciuman khas untuk isteri  

Bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri? Tahukah ciuman di dahi atau di bibir isteri dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan dilaluinya pada hari itu. Begitulah kuat kuasa ciuman suami.  

Beri pujian kepada isteri  

Anda masih ingat bagaimana taktik untuk memikat. Tentu sekali anda memuji kekasih anda cantik, malah pantang berjumpa itulah perkataan pertama yang keluar. Tetapi selepas berkahwin, susah pula untuk mengeluarkan perkataan itu, seperti terkunci. Naluri manusia memang suka dipuji, begitu juga isteri anda tapi kenala IKHLAS......tak kan puji perempuan lain boleh....yang sediakan makan pakai anda buat tak tau jer.....

Dengar pendapat isteri  

Jika ada masalah, selesaikan dengan berbincang. Jika isteri mempunyai pendapat mengenai pendidikan anak atau kerjaya, dengar dengan penuh minat, bukan membuat kerja lain. Ada suami tidak boleh menerima pendapat isteri, jadi tanya diri sendiri, bagaimana pula jika isteri tidak dapat mendengar pendapat lelaki.  

Terima Kasih

Ucapkan la terima kasih kerana dia menjaga anda dan anak-anak anda sehingga kadang kala tanpa disedari dia mengabaikan dirinya sendiri....

Setia dan Jujur

Ni sendiri mau ingat....tak de hadiah paling bermakna dalam hidup seorang wanita bersuami selain dihargai dengan kesetiaan dan kejujuran....biar tidur tak beralas...andai dia yakin suaminya setia dan jujur....Insyaallah dia akan sanggup harungi apa sahaja....

Monday 17 October 2011

Cara memikat suami


Cara 1: Lakukan aktiviti kegemarannya bersama

Mungkin anda berdua mempunyai minat dan hobi yang berlainan. Itu memang saya akui dan kita juga harus akuinya. Tidak perlu pada setiap masa atau mengambil masa yang lama. Cuba lakukan aktiviti kegemaran suami anda bersama-sama bagi mewujudkan satu suasana yang harmoni diantara anda berdua.
Perkara ini juga dapat menunjukkan bahawa anda seorang isteri yang mengambil berat dan prihatin terhadap perasaan dan gaya hidup suami tercinta anda. Contoh belajarla suka apa yang dia suka lakukan walaupun hati anda berat. Insyaallah lama kelamaan anda suka.

Cara 2: “Ikat dan tambat” perut dia

Maksud saya, bukanlah anda perlu ikat perut suami anda dengan tali dan jangan bagi lepas ke mana-mana ye Maksud di sini ialah anda perlu tambat perut suami anda dengan masakan.
Tak perlu anda menjadi seperti chef yang berkerja di hotel 5 bintang. Cukup sekadar anda masak makanan di rumah dengan air tangan anda sendiri. Yang penting, ianya boleh membuatkan suami anda terus berselera dan kenyang makan masakan anda di rumah. Ini mampu menambahkan lagi rasa sayang suami anda kepada anda. Mereka akan menghargai pengorbanan anda dalam memastikan diri mereka sentiasa kenyang.
Tak pandai memasak? Usah risau, laburkan wang anda untuk menghadiri kursus masakan yang sekarang banyak boleh didapati bak ‘cendawan tumbuh selepas hujan’ di kawasan rumah anda tu atau di pusat-pusat bandar.Sekarangkan banyak short course un tuk masak memasak nih...tak pun rajin-rajin on line untuk cari resepi bukan asyik shopping jer....

Cara 3: Luahkan kata-kata cinta

Jangan berat mulut untuk anda yang memulakan lafaz kata-kata cinta seperti “I love you”, “Saya sayang awak” dan sebagainya. Amalan ini patut anda teruskan walaupun anda sudah berkahwin. Kata-kata ini juga haruslah ikhlas dari hati dan pastikan anda luahkan pada waktu-waktu yang sesuai ye. Janganla time hubby tengah meeting saja nak kena marah la tu…

Cara 4: Pujuk dengan sepenuh hati anda

Hubungan suami-isteri tidak akan lari daripada perselisihan faham. Jika anda berdua telibat dengan pergaduhan, cuba untuk pujuk semula suami anda. Jika selama ini anda memang suka dipujuk, apa kata sekali-sekala anda pula yang pujuk dia. Pasti suami anda akan “cair” dengan anda.

Cara 5: Gunakan panggilan manja

Bila anda dah berumahtangga, anda boleh panggil diantara satu sama lain dengan panggilan yang lebih manja bagi mengeratkan lagi ikatan kasih sayang anda. Lelaki ni Nampak keras tapi dalam hati ada taman…..

Cara 6: Ringan-ringankan tangan untuk mengurut dia

Setelah suami anda pulang dari tempat kerja, anda boleh tawarkan diri untuk mengurut-urut dia. Ini boleh melegakan rasa letih dan tekanan suami anda dipejabat. Urut lah dengan penuh kelembutan. Kemudian, bolehlah anda berdua teruskan aksi yang seterusnya di dalam kamar beradu anda. Jangan pula anda tolak pelawaan suami anda pula ye jika dia meminta 

Resepi Sambal Ijo (Sambal hijau ala padang)


13 Tangkai cili hijau
7 Tangkai cili padi (warna hijau)
1 ulas bawang besar
1 biji tomato (warna hijau)
100 gram ikan bilis
*100 gram terung pipit
*1 papan petai (dibuang kulitnya dan dipotong kepada 2 bahagian)
1 limau kasturi atau limau nipis (jusnya sahaja)



Sedikit pes ikan bilis
Sedikit minyak masak untuk menggoreng
Garam dan gula secukup rasa
*optional kalau tak de pun tak per....

Cara-caranya

  1. Kukus cili hijau dan cili padi. Buang bijinya.
  2. Goreng ikan bilis sehingga garing dan asingkan. Jika tidak suka ikan bilis rangup abaikan langkah ini.      Hanya perlu tubmuk sedikit ikan bilis tersebut.
  3. Tomato dipotong dadu
  4. Mayang bawang besar
  5. Tumbuk cili, tomato dan bawang bersama (jangan sampai hancur)
  6. Panaskan minyak dan goreng semua bahan yang telah di tumbuk, terung pipit dan petai.
  7. Masukkan garam, gula, pes ikan bilis dan asam keping secukup rasa.

Sesuai dihidang bersama nasi putih panas-panas....


Sedikit info untuk dikongsi bersama...
Khasiat terung pipit
Terung pipit merupakan tumbuhan liar di Malaysia. terung pipit biasanya dimakan mentah atau dicelur untuk dibuat ulam. Berdasarkan kajian terung pipit mengandungi 2% protein, 0.1% lemak, 7.9% karbohidrat dan mengandungi banyak fosforus, sedikit zat besi, banyak vitamin A dan C serta sedikit vitamin BI. Terung pipit juga dikatakan mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai solasodin sebanyak 0.84%. Steroid ini penting untuk menghasilkan pil perancang keluarga. Terung pipit juga digunakan untuk mengubati retak kulit pada kaki, mencuci darah dengan meminum air rebusannya, melegakan kesakitan, penawar racun ular dan serangga serta menjadi ubat yang berkesan untuk meredakan sakit perut.

Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu

Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bila masa ada masa untuk buat benda tak baik tapi tak de masa nak buat yang baik
Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah.

Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata.  Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak
Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya

Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka

Melihat kaabah sehingga menitis air mata
Membaca quran sehingga menitis air mata
Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata

3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor!

Anak
Ibu
Suami

Selingan: kata ustaz kalau kita ada perselisih faham dgn suami sampai nak bercerai, tgk laa muka bila dia tidor kalau masih terbit perasan kasih, saying, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada rasa tu semua maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed pi mahkamah.

Orang yang selalu menatap and memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya… kira tak menangis teruk laa..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang laa selalu.
Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu
Kalau ada niat yang baik teruskan laa..Allah akan bersama, jangan takut. Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai
Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik

Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita.  Kaedah tu dipanggil “wasilah amal”
“Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”
Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab.  Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita
Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah. Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun,,, then cakap dengan Allah
 “Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini”
 “Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini”
Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukkan.
Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka.  Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!
Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati.  Jadi doakan ibu kita telah tiada! Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup

Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap..“Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia engok cucu mak kawinkan”  atau “bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..”  Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana. Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam!  Mereka akan doakan kita “berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini”  Jadi, jangan lupa bagi salam next time

Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan zakat. Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..
Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah.  Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekarag and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!
Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah.  Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”.  Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana.

Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah.
Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak anaknya.  Jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga balasanya.  Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita.  Besar sangat pahalanya.

 Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita
Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka. Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak.  Dukung bayi, susu bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar. Saka dipindahkan melalui Kasih saying/ Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan
Symptom dah terkena saka

Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena
Bila dah peringakat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar
Susah nak dapat anak, senang gugur
Ada rasa kelibat orang lalu
Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam
Cara hilangkan saka, Zikir “Laillahaillalah” 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan. Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang. 3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia.  Kalau dapat ni pi laa perawatan cara islam jugak.

Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan. Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari
Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari. Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya

Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK
Ni seram sket masa nak buat hehehe..mula2 je lepas tu ok..e.g. Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia.

TIPS UNTUK MENGUMPUL DUIT UNTUK BERKAHWIN DAN DIAWAL ALAM PERKAHWINAN....


Salah satu cara yang paling express untuk meningkatkan kewangan anda adalah dengan mengurangkan perbelanjaan dan mencari jalan untuk menjimatkan wang. Bagi kaum lelaki khususnya, wang adalah aspek yang PALING penting dalam merancang bajet perkahwinan, betul tak? Kalau you allrasa diri tu sudah bersedia untuk berumahtangga, cepat-cepatlah implementkan tips-tips di bawah nie ok:-

1. Shopping masa sale jer – kalau korang suka sangat shopping, pilihlah time yang ader Mega Sale jer. Gerenti hampir semua barangan boleh dapat diskaun. Kalau takde diskaun pun, tajamkan skilltawar-menawar anda. Ingat – EVERYTHING IS NEGOTIABLE!

2. Elakkan hutang kad kredit – korang ingat ada banyak kad kredit tu boleh bantu, ker? Yelah masa nak beli berang, mudah ajer swipe, kan, tak yah guna duit…tapi time nak membayar hutang  pulak, mulalah diserang panick attack kalau takde duit nak bayar… :-p.. Kalau terpakse berhutang dengan kad kredit sekalipun, seperkara yg perlu diingat ialah – bayar on time beb.. ! So, lain kali kalau nak beli, pakai CASH jer, bro…! Senang citer….

3. Potong jer langganan yang tak penting – contoh langganan yang tak berapa penting nie ialah seperti langganan majalah2 atau langganan khidmat Astro. Sebaliknya bacalah e-magazines yang berlambak dalam Internet tu… dan layanlah siaran TV daripada stesen TV tak berbayar seperti TV1, TV2, TV3 dll.. huhu. Gerenti boleh jimatkan kos!

4. Jangan asyik beli barangan branded – kengkadang, most people memang suka guna barangan berjenama atau brandedBetter quality, they say. Betul tuh tapi harganya memang confirmmahal! Tetapi you all kerana ingat yang  sekarang nie, objektif korang adalah untuk cut-cost demi naksave bajet untuk kahwin. Lepas kahwin nanti, kalau korang nak berhabis dengan barangan brandedpun, takde orang nak halang… :-) So, bersabarlah…

5. Jaga keselamatan dan kesihatan anda – sentiasalah pakai tali pinggang dan topi keledar semasa keluar dengan motor atau kereta. Cuci tangan dengan bersih bagi mengelakkan jangkitan H1N1 dan penyakit2 lain. Kalau you all rajin jaga kesihatan, gerenti you boleh elakkan daripada membayar bil hospital yg terlampau tinggi tue… :-)

6. Jangan merokok! – Emm… yang nie mungkin susah sikit la untuk sesetengah orang nak ikut, kan? Kalau sudah addicted tuh, memang susahlah nak buang tabiat buruk nie. Tapi kalau tak boleh berhenti pun, at least cubalah you all kurangkan sikit merokok tu, yer? Selain dapat menyelamatkan nyawa anda, ia memang confirm boleh mengurangkan perbelanjaan bulanan anda!

7. Kurangkan ‘dating’ pada setiap hujung minggu – untuk mereka yang bekerja, hujung minggu mungkin adalah masa yang korang tunggu2 supaya dapat keluar berjalan-jalan bersama awek tersayang :-) . Masa keluar nie, memang confirm duit anda pun akan ‘keluar’ sama.. :-) Yelah, masa keluar makan, takkan awek pulak yang kena belanja, kan? Contohnya, kalau bajet anda untuk pi ‘dating’ pada setiap hujung minggu ialah RM50, dalam sebulan tak ke jadi RM200? Banyak gak tuh…! So, kalau dah kemaruk nak kahwin, kurangkan ‘dating’ pada hujung minggu yer. Kalau awek marah2, cakap kat dia “Abe mu nok sipang duit nok buat kawin la, ayang…”..:-p

8. Jimatkan bil rumah anda – ada beberapa cara yang you all boleh lakukan untuk jimatkan bil2 penting di rumah anda, yakni – bil elektrik dan bil air. Misalnya elakkan daripada memakai aircon di dalam rumah, tutup kipas dan lampu jika tak digunakan, jangan mandi lama2 sangat, jangan biarkan air paip mengalir kalau tak guna dan bermacam-macam cara lagi lah. Senang ajer tu.. yang penting anda kena betul2 praktikkan amalan nie dalam kehidupan seharian. Barulah berkesan…

9. Kurangkan membeli suratkhabar / majalah / buku – untuk orang yang tak gemar membaca, ini takkan jadi masalah. Memang elok kita membaca suratkhabar untuk tau perkembangan semasa, tetapi sekarang nie dah ader cara jimat untuk membaca paper, iaitu melalui Internet. Kalau kat rumah atau ofis anda ada Internet connection, surf je laman-laman suratkhabar seperti Utusan, Metro dsb lagi dan baca jer at situ. Kan jimat tue..? Untuk yang suka membaca buku pulak, pinjam je buku kat library… :-p

10. Kurangkan membeli gajet2 elektronik – di zaman IT yang serba canggih nie, semacam ada tarikan magnet untuk membeli dan menggunakan gajet2 yang mewah dan berteknologi tinggi misalnya PS3, Garmin, Tablet PC dsb. Kebanyakan daripada alat2 nie memang serius mahal, beb. Kalau betul2 nak berjimat, buatkan wish list dulu, then lepas dah setel kahwin, barulah korang pi beli gajet2 nie semua…huhu.. :-p

11. Masak sendiri – elakkan makan di luar kerana selain ianya tak elok untuk kesihatan anda, anda juga akan dapat melakukan penjimatan yang besar! Maklumlah sekarang nie, semua benda dah naik harga.. terutamanya makanan!

12. Smart shopping atau e-shopping – hah… sekarang kalau you all nak shopping, tak yah keluar rumah dah. Duduk jer mengadap PC di rumah dan dengan sekali klik jer, anda dah boleh beli macam2 jenis barang. Inilah yang dipanggil electronic shopping.. :-) Faedahnya – mengelakkan anda daripada rambang mata dan membeli barang2 yang tak perlu apabila keluar shopping.. Gerenti boleh jimat duit dan jimat minyak!

13. Jangan berhabis utk beli DVD/ VCD / MP3 / CD – bagi sesiapa yang gemar menontonmovie, mendengar lagu, bermain game atau apa-apa saja yang seangkatan dengannya, cuba tahan diri korang daripada membeli bende2 nie semua… maklumlah kalau dah jadi ‘addicted’ kepada bende2 nie memang susah nak kawal nanti… :-)

14. Jual barang-barang terpakai – kalau kat rumah anda ada banyak barang-barang yang dah tak digunakan, tetapi masih lagi berkeadaan elok, apa kata you all jual jer barang2 tue. Korang boleh jual kat kedai2 secondhand ker ataupun jual melalui online.. Selain ebay, lelong.com dan mudah.com.my adalah medium paling popular untuk menjual barang-barang. Tapi jangan pulak ko pi jual barang yang dah tak buleh pakai.. :-p

15. Bawa bekal ke pejabat – cara nie bukan calang2 orang boleh buat kerana ia memerlukan anda bangkit di awal2 pagi lagi untuk menyediakan breakfast dan membawanya ke pejabat sebagai bekalan makanan anda… Nak jimatlah konon… :-)  Tapi, bagi orang yang rajin dan suka memasak, perkara kecik nie gerenti tak jadi masalah punyer… :-)

16. Berkongsi kereta – atau istilah glamernya ‘carpool’… cara ini ada pros dan cons dia yang tersendiri dan ada sesetengah orang suka guna cara nie dan ada jugak sesetengah yang kurang gemar berkongsi kereta. Tetapi, jika anda jenis yang tak suka memandu sendirian, apa salahnya jika anda cuba kaedah nie… tapi kena ingat: kalu berkongsi kereta, kenalah adil dan saksama, dan kena ikut giliran… jangan pulak asyik kita jer yang duduk di belakang stereng tuh…huhu… :-)

17. Lengkapkan kereta anda dengan tangki gas NGV – kalau anda selalu pakai kereta dan betul2 nak jimat, apa kata simpan duit untuk beli tangki gas NGV. Memang confirm anda boleh jimatkan duit kerana gas NGV nie memang murah giler! Cuma downside nya ialah tangki nie berat dan ia akan makan space di but kereta anda dan satu lagi risiko ialah dari segi keselamatan lah. So you all pikirlah sendiri okey…

18. Bersenam di rumah – bersenam tue memang bagus untuk kesihatan. Ada banyak cara untuk bersenam misalnya joging, aerobic, angkat berat, pergi ke gym dan sebagainya lagi. Kalau you all nie jenis yang suka bersenam di gym, memang kena berhabis sikit la kerana anda kena bayar yuran bulanannya. Tapi, kalau ianya dibuat di rumah atau di padang-padang rekreasi, memang confirmkorang tak payah keluar duit sesen pun. Apa kata anda beli DVD exercise/aerobik/dance and just do it in the comfort of your own home. Rasakan kelainannya…!

19. Jangan berhabis untuk modify/make-up kereta – ada sesetengah orang suka sangat ‘menghias’ kereta mereka dengan pelbagai jenis aksesori spt tukar enjin turbo, rendahkan ketinggian kete, tukar sport rim, absorber dsb… Hmm.. tak membazir ke?… :-) Yang pastinya, kalau aksesori tu memang diperlukan, takperla kan? Tapi, kalau kereta tu dah elok2, tapi korang tetap nak modify nya untuk tampak lebih canggih, emm…baik fikir dua tiga kali :-)  Walaupun ianya mungkin hobi kesayangan anda, tapi cuba cut down sikit la dalam bab-bab modifications tu… sentiasa ingat dalam kepala “Aku nak kahwin dengan orang. Bukan kereta. Jadi aku kena simpan duit la” …huhu

20. Pakai prepaid instead of postpaid – time bercouple nie la yang akan mengikis banyak duit you all, betul tak? Selain daripada berbual2, sms-ing jugak banyak menelan belanja, beb. Kadang2, kita tak sedar bila jari kita duk menekan huruf2 kat keypad handfon tuh, sampailah time nak membayarnya…huhu.. Kalau kita pakai postpaid, kita mungkin akan terus berbual2 berjam2 lamanya tanpa mengira masa. Tiba je hujung bulan, bila tengok bil telefon yang melambung tinggi tuh, masa tu lah anda akan frust menonggeng dan berasa menyesal tak sudah..:-) So, it’s a bit better kalau korang just guna prepaid instead of postpaid, ye.

Saturday 15 October 2011

Merawat Hati Luka

Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita, agar kehidupan kita baik dan benar, maka kita perlu menjaga kebersihan hati kita. Jangan sampai hati kita kotori dengan hal-hal yang dapat merosak kehidupan kita apalagi sampai merosak kebahagiaan hidup kita di dunia ini dan di akhirat nanti. Untuk menjaga kebersihan hati maka kita juga perlu untuk menjaga penglihatan, pendengaran, fikiran, ucapan kita dari hal-hal yang dilarang oleh Allah SWT. Dengan menjaga hal-hal tersebut kita dapat menjaga kebersihan hati kita. Dengan hati yang bersih kita gapai kebahagiaan dunia dan akhirat.

Hati juga adalah sesuatu pemberian dariNya....hati perlu dibajai bukan dikianati dan disakiti. Mungkin sesetengah dari kita tidak menyedari kita sebenarnya mengkhianati dan menyakiti hati kita dan orang-orang di sekeliling kita.
Bila hati dikhianati atau disakiti pedihnya hanya Dia Maha Mengetahui. Sebagai umatNya kadang-kala kita tidak mampu berhadapan situasi ini. Ada di antara kita mungkin tersasar jauh kerana ikutkan hati.

Marilah kita berkongsi bersama tip-tip yang boleh membantu merawat hati yang dikhianati dan disakiti.....

1.     Dambakan diri padaNya.

Takde cara yang terbaik dah...disamping itu cubalah baca zikir di bawah
hasbunallahuwaniqmalwakil"

Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Dialah sebaik-baik pengurus (dan terserah kepadanya segala urusan kami". (Surah Al-Imran: 173)

2.     Muhasabah diri

Ingatla kadang-kadang kita dia atas kadang-kadang kita di bawah. Hari ini kita susahkan orang lain suatu hari nanti ada pembalasannya. Hidup kita ini ada hukum karmanya.

3.     Lupakanlah.....dan ingat yang indah

Memang cakap senang tapi MESTI. Sebagai manusia normal memang sesuatu yang menyakitkan sukar dilupakan. Umpama pepatah melayu kita la kan...sampai mati takkan lupa punyer....Tapi kalau untuk kebahagiaan hati kita kena la dik non...sikit-sikit lama-lama lupalah....Apa kata ingat yang indah-indah...contohnya marahkan pasangan kita atas sebab-sebab tertentu. Cuba ingat waktu first time dating ker...macam mana anda jatuh cinta ker...mesti anda mampu tersenyum.

4.     Berkongsi

Ingat selalu sharing is caring...tapi AWAS! Berkongsilah dengan orang yang betul. Biasanya pendengar yang baik hanya mendengar dan memberi komen yang positif bila perlu. Si pendengar yang baik dan ikhlas tidak mengharap sesuatu atau ambil kesempatan. Jangan sebab dek nak cuba selesaikan sesuatu timbulkan masalah lain pula. Masalah ni dik....

5.     Keraskan hati

Bukan untuk tujuan tak baik yer...maksudnya...bila kita perlu tetapkan hati kita dengan keputusan atau jalan yang kita pilih. Bila kita pilih bahagia maka nyahkan segala yang negatif dan buat hati sedih. Jauhkan anasir-anasir yang menggugat pilihan kita. Memang bukan senang tapi nak bahagia dek non....

6.     Gembirakan diri dan orang lain

Percaya atau tidak dengan membuat orang lain tersenyum kita bakal tersenyum dan rasa bahagia...mestila..tak percaya cuba. Contoh bagi yang berpasangan cuba cakap “I love you...”. Bila dia balas cakap “I love you too...” boleh senyum sampai ke telinga ko....

AIR PERIUK

Resepi : Air Periuk

Bahan-bahannya (bergantung kepada berapa banyak anda nak buat)
300 gram halia
3cm kunyit hidup
3 kuntum bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
1 sudu teh bunga cengkih
1 sudu teh lada hitam
½ sudu teh jintan manis
½ sudu teh jintan putih
½ sudu teh rempah biji
½ sudu teh .....
1000ml air putih



Cara-caranya
Campurkan semua bahan-bahan di atas dan masak sehingga mendidih. Kalau guna periuk yang diperbuat daripada tanah lagi elok.

Cara digunakan dan khasiatnya:

Air periuk ini diminum suam sebanyak 2 kali sehari. Seeloknya diminum sebelum makan tengah hari dan malam. Kalau dah sejuk sebelum minum panaskan sahaja. Baik untuk kesihatan dalaman terutama untuk ibu-ibu yang sedang berpantang. Air ini boleh juga sebagai alternatif untuk memanaskan badan dan bagi yang tidak sukakan jamu atau air akar kayu yang pahit.
Untuk kebaikan bersama di sini saya konsikan juga khasiat-khasiat bahan utama yang digunakan.
Halia atau nama saintifiknya Zingiberaceae officinale Rosc berkhasiat digunakan oleh wanita baru bersalin untuk membuang angin dan memanaskan badan. Halia tua boleh digunakan untuk tulang sengal dan terseliuh. Sejenis halia yang hidup di China boleh dijadikan penawar untuk penyakitatritis dan reumatisme.8.
Kunyit atau nama saintifiknya Curcuma domestica Val. digunakan untuk merawat masalah pembuangan air kencing yang kerap, membuang angin, penyakit kulit dan bengkak-bengkak serta luka-luka kecil.

Saturday 8 October 2011

Hadiah Apa Yang Suami Suka

Doa
Isteri yang sanggup bangun ditengah malam mengetuk pintu Allah berdoa untuk kebaikan suaminya sebenarnya telah memberi hadiah paling berharga buat suaminya. Tak ramai yang sanggup buat begini...doakan lah suami anda walau siapa pun dia....insyaallah hati anda akan bahagia

Beri respons positif
Berilah semangat atau pandangan yang membina kepada suami. Walaupun pada zahirnya lelaki dikatakan insan yang gagah tapi dalam hati ada taman dik....belailah dikala dia kesunyian dan pandangla dia dengan kasih sayang ketika hatinya gundah....

Mengalah
Lelaki tetap lelaki....ego mesti ada. Menjaga lelaki yang memimpin sebuah syarikat besar atau yang tak naik-naik pangkat sama egonya....mengalah untuk lebih dicintai suami adalah lebih baik dari menentang dan merosakkan kepercayaannya....

Hilangkan parut di badan

Ambil sebiji timun dan tomato. Kisar sehingga hancur. Tapis airnya dan minum. Hampasnya jangan dibuang. Gosokkan pada badan seperti lulur. Amalkan seminggu sekali...Insyaallah hilang parut disamping dapat menyejukkan badan.

Lara Hati.....

Sayang....
Apakah yang bisa buatmu bahagia
Puas sudah ku mencari mencuba
Namun kau tak pernah mahu mengerti

Ertinya cinta ini
Tak habis ku berfikir
Sampai bila begini sampai bila ku terus menanti
Rasakan indahnya cinta yang pernah kita miliki

Ku cuba selalu untuk mengerti
Seperti tak mampu ku tahan lagi
Kering air mata ini pedih hati ini
Menagih cinta dari mu

Msih adakah cinta untuk ku
Atau sekadar menunggu
Mengapa selalu dingin antara kita
Dan begitu mudahnya kau menolakku
Seharusnya kau tahu tiada lain di hati ini....sayang

Dari hati Snowqueen

Wednesday 5 October 2011

TIPS UNTUK MENJADI SUAMI YANG ROMANTIK


Tarikh- Sentiasa memperingati tarikh-tarikh penting di dalam hubungan anda. Tidak semestinya memberi hadiah hanya sekadar ucapan sudah memadai......itu menunjukkan anda benar-benar ingat setiap detik bersama isteri anda.
Sokongan- Sentiasa memberi sokongan terhadap apa yang isteri anda cuba usahakan. Contohnya walaupun masakkan isteri anda tak sedap jangan terlalu sarcastic. Ucapaka...’sayang asam pedas ni sedap tapi lebih sedap kalau lebihkan sikit asamnya’....biarla dia rajin memasak dan perbaiki kesilapannya dari merajuk atau langsung gantung periuk.
Lakukan kerja rumah- Untuk suami, anda sudah merupakan seorang yang romantik sekiranya membantu isteri anda dalam melakukan kerja-kerja rumah. Kalau tak pandai atau isteri anda cerewet  tolongla jaga anak atau bagi yang punya extra budget.....ambil la pembantu.
Seni- Sekiranya anda berbakat di dalam bidang penulisan seperti sajak, puisi atau sebagainya, tuliskan suatu yang ditujukan khas kepada pasangan anda. Ini kalau buat memang superb....
Kata-kata- Usaha yang paling senang dan murah. Pasti ramai yang mengetahui dengan kata-kata sahaja mampu untuk membahagiakan atau menghancurkan perasaan seseorang. Sentiasa luahkan kata-kata yang indah terhadap isteri anda.
Janji- Tunaikan setiap janji yang anda berikan kepada isteri anda. Kalau tidak mampu minta la maaf....si isteri ni hatinya lembut...insyaallah ada maaf bagimu.
Setia dan jujur- Kesetiaan dan kejujuran adalah suatu perkara yang sungguh indah tapi paling sukar untuk para suami. Kalau anda ada S dan J ini dan sentiasa praktikkanya Insyaallah aman rumahtangga.
Layanan- Berikan layanan yang betul-betul istimewa terhadap pasangan anda. Cuba bezakan layanan anda bersama rakan dan layanan terhadap orang yang betul-betul anda sayang iaitu seharusnya si isteri. Kalau anda boleh berjaga di kopitiam berborak dengan rakan begitulah juga anda sudi menemaninya shopping.
Maaf – Minta maafla sekiranya anda berbuat salah terhadap isteri anda. Anda bukan sahaja suami romantic tapi sentiasa dipandang mulia kerana sifat rendah diri anda dan isteri anda pasti sentiasa mendengar dan taat pada anda. Ini contoh terbaik anda padanya.

MAAF


Setiap insan di dunia ini adalah khalifah Allah dan dipertanggungjawabkan mentadbir alam ini. Kekuatan seorang khalifah Allah sangat hebat, mampu menghentikan lahar berapi, membina benteng dari yakjuj makjuj, menghentikan limpahan nil., mengalih istana balqis dan sebagainya...selagi diizinNYA.
Sebagai manusia kita juga adalah makhlukNya yang punya banyak kekurangan. Kadang kala kita tidak mampu menguasai nafsu dan menewaskan bisikan syaitan dalam diri.
Contoh paling mudah tapi paling sukar dilakukan.....MAAF. Sama ada memohon kemaafan atau memaafkan.
Mudahkah kita memaafkan atau memohon maaf dengan hati yang tulus dan ikhlas?
Jangan sesekali fikir tentang dosa seseorang.. dia buat ini atau dia buat itu dan bagai.. sebaliknya, anggap itu semua dari NYA dan DIA yang mengizinkan sesuatu berlaku, lalu tarik sakinah dalam diri dengan menampakkan kekuasaan ILAHI dalam perbuatan itu dan cepat masukkan rasa kemaafan dalam diri terhadap sipolan. lalu bila dia hadir di hadapan kita, kita masukkan aura tenang dan kasih dalam pandangan kita terhadapnya, .. bertegur sapa, bersalam mesra dan berbual ceria. insyaallah kemaafan akan terus masuk dan terus ke lubuk hati. kekalkan perasaan kasih dan rasa sayang itu lalu campak jauh perbuatannya dari memori.
Rendahkanlah diri memohon maaf sekiranya kita melakukan kesilapan sama ada sedar atau tidak. Tidak salah merendah diri untuk memohon kemaafan. Tidak bermakna kita merendahkan maruah kita. Malah dengan memohon kemaafan kita hambaNya berani dan jujur. Mohonla kemaafan kerana kita mahu insaf dari kesilapan bukan hanya kerana ingin memenangi hati semula. Bila kemafaan yang kita pohon itu benar-benar iklhas Insyaallah...lambat laung kita akan perolehinya
Maafkanlah orang di sekililing, seikhlas hati kita dan kita mohonlah agar ALLAH melembutkan hati orang di sekitar juga terbuka untuk memaafkan kita. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang muflis di hari perhintungan nanti, Insyaallah.

Tuesday 4 October 2011

KISAH YANG SANGAT MEMILUKAN!

Anak perempuan kecil yang malang ini memberitahukan ibunya,"Mama, aku baru saja melukis memakai lipstik mama".

Ibunya yang mendengar hal itu lalu melihat lipstik mahal yang baru saja dibelinya telah tinggal setengah dan wajah dan tangan dan baju anak perempuan telah belepotan dengan lipstik tersebut. Dengan sangat marah, ibu itu mengamuk dan memukuli anak perempuan kecil yang malang tersebut tanpa menghiraukan tangisan dan jeritan dari mulut kecilnya.

Kemudian setelah berhasil melampiaskan emosinya, ibu ini baru sadar kalau anak perempuannya sudah gak bergerak lagi. Ia pun menguncangkan tubuh anaknya sambil menangis dan memohon agar anak perempuannya membuka matanya.

Tapi terlambat,..... jantung anak perempuan itu telah berhenti berdetak.
Dan saat sang ibu melihat ke satu sudut tempat tidur anaknya, disitu tertulis sebuah tulisan dengan tinta lipstik merah yang tertulis: "Mama, aku sangat mencintaimu".

TAMBAHKANLAH INI DI WALL (DINDING) ANDA UNTUK MENUNJUKKAN BAHAWA ANDA MENENTANG KEKERASAN PADA ANAK!

Monday 3 October 2011

Tahun 2012 bakal menjelma tak lama lagi....bagi yang gemarkan fesyen mari kongsi color trend untuk 2012

  • Hitam putih atau lebih specifi POLKADOT.....
  • Ungu wisteria
  • Romantic orange
  • Lime blossom
  • Biru oxygen
  • Pink marshmallow
  • Earth color
Cubalah sempitkan almari anda supaya lebih 'in' untuk 2012.....
Resepi untuk dikongsi bersama.....Tomyam Spaghetti untuk perut melayu.....

500 gram udang basah dibuang kulitnya
500 gram sotong butih buang juga kulit yang luar tu ya...cantik sikit
500 gram isi lala. Ini optional.....
Setengah packet isi ketam dipotong dadu
Sebatang carrot dipotong nipis
Sedikit bunga kubis dipotong kecil
Satu packet babycorn dipotong kecil
4 kiub perencah tomyam dihancurkan dengan sedikit air panas. Bagi yang biasa gunakan perencah packet gunakan 2 packet.
Sedikit cili padi
1 ulas bawang besar atau 5 ulas bawang kecil
5 ulang bawang putih
2 sudu cili boh atau 10 tangkai cili kering dikisar ini optional bagi yang suka pedas.
1/2 packet Spaghetti
Sedikit kicap
3 helai daun limau purut

Cara-caranya
  1. Rebus spaghetti selama 10 minit. Campurkan 1 sudu minyak atau mentega supaya tidak melekat.
  2. Setelah itu toskan.
  3. Tumiskan bawang merah dan bawang putih. Masukkan cili boh sekiranya mahu pedas.
  4. Masukkan cili padi dan daun limau purut.
  5. Setelah naik bau masukkan perencah tomyam.
  6. Kemudian masukkan carrot, bunya kubis dan babycorn. Masak sehingga sayuran empuk dalam 10 minit.
  7. Setelah itu masukkan udang, stong dan bahan laut yang seperti disenaraikan di atas.
  8. Bila kesemua bahan telah agak masak masukkan spaghetti. Gaulkan rata dalam 5 minit.
  9. Masukkan kicap secukup rasa.
  10. Boleh dihidang berkuah atau pun kering.....
Hidangan sedia untuk dinikamati...

Sunday 2 October 2011

TIPS ATASI MASALAH ANAK KENCING MALAM

Masalah kencing malam merupakan perkara biasa. Seeloknya anak kita di ajar membuang air kecil seawal yang boleh supaya mereka tahu mengurus diri. Biar saya berkongsi tips sikit dengan anda :
  1. Setiap malam disiplinkan anak anda untuk membuang air terlebih dahulu sebelum tidur.
  2. Jika di siang hari, ingatkan anak anda untuk membuang air 2 atau 3 jam sekali.
  3. Biasakan setiap malam dengan mengejutkan anak anda untuk buang air kecil supaya mereka biasa.
  4. Beri penghargaan. Setiap kali anak anda bangun tilam tidak basah, pujilah sikit supaya mereka rasa bangga.
  5. Ajarkan anak anda kenapa mereka tidak boleh kencing tilam. Ajar tentang hukum najis, kebersihan, kuman yang senang membiak, tilam yang berbau dan sebagainya.
  6. Alas atau lapik tilam dengan plastik atau pad yang lebar dan selalu di gunakan di hospital. 
  7. Sebelum tidur, pastikan mereka mandi petang dan membasuh kaki sebelum tidur. Pakai pakaian yang bersih dan harum.
  8. Berikan mereka kasih sayang sebelum tidur. Belai, peluk, bercerita atau temani mereka sehingga tidur.
  9. Doa. Ajarkan mereka berdoa sebelum tidur. Ibubapa juga perlu berdoa untuk mereka.

Jika kita membiasakan anak kita dengan lebih awal, maka lebih awal masalah ini dapat diatasi.
Sebenarnya anak-anak kencing tempat tidur  puncanya secara tak langsung adalah ibubapa. Jadi jangan salahkan atau marahkan mereka. Marah diri sendiri dan betulkan keadaan.

Pakar-pakar psikologi mengatakan mereka berbuat begitu kerana sikap keras ibubapa terhadap mereka. Mereka menzahirkan protes secara tak sedar kerana mereka kecil dan tak dapat melawan. Kencing tanpa sedar ini berlaku selain sebagai protes ia juga kerana mereka hendak mendapat perhatian dan kasih sayang yang pada mereka belum cukup.   Jadi ciptakan kebahagiaan dalam suasana hidup mereka.  Tips 7-9 sesuai untuk tujuan ini. Luangkan lagi masa hanya 5 minit sebelum mereka tidur. Sekian. Cuba la.

Saturday 1 October 2011

HARI INI PETUA TENTANG "KETIAK"

Memiliki ketiak yang hitam agak memalukan bagi sesetengah wanita. Akibat bercukur dan menggunakan bahan-bahan kecantikkan juga boleh menyebabkan ketiak hitam. Mari cuba petua ini:

Menghilangkan Bulu Ketiak

Tumbuk sedikit serbuk lada sulah dan tiga butir kapur barus. Campurkan dengan sedikit minyak kelapa. Sapukan pada ketiak setiap malam sebelum tidur. Lama-kelamaan bulu ketiak akan gugur dengan sendirinya.

Menghilangkan Bau Ketiak

Bau ketiak memang tidak menyenangkan. Untuk menghilangkannya, ikutilah petua-petua ini untuk menghilangkannya :-
  • Ramaskan pucuk jambu batu hingga hancur. Kemudian sapukan di ketiak setiap kali sebelum mandi.
  • Rebus lima helai daun sirih dan lima kuntum bunga kenanga. Didihkan hingga airnya tinggal setengah gelas. Tapis dan camourkan gula merah. Amalkan meminumnya dua kali seminggu.

  • Ambil hampas kelapa, lumurkan pada ketiak. Biarkan selama lima minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.

  • Tumbuk daun sirih dengan sedikit tawas hingga lumat. Sapukan pada ketiak. Biarkan beberapa minit sebelum mandi. Bersihkan dengan air sabun dan air biasa. Amalkan dua kali seminggu.

  • Rebus beberapa helai daun limau kasturi dengan sedikit air. Tapiskan airnya dan amalkan meminumnya setiap hari.

  • Tumbuk tujuh helai daun limau nipis hingga hancur. Campurkan dengan sedikit madu dan bulat-bulatkan sebesar biji kacang. Makanlah tiga kali sehari. Bau badan akan hilang.

  • Rendam bunga tanjung, melati, melur, kenanga dan bunga mawar dalam sebaldi air. Campurkan dengan limau purut yang dibelah empat. Biarkan semalaman. Amalkan mandi selama empat puluh hari sebelum hari pernikahan.

HILANGKAN HANYIR DAN LENDIR IKAN AIR TAWAR

Untuk menghilangkan bau hanyir dan lendir ikan air tawar, ambilkan beberapa helai daun jambu batu. Gaul dan ramaskan daun tersebut bersama air. Kemudian gaulkannya dengan ikan. Akhir sekali, cuci ikan dengan air bersih atau pun kita juga boleh mencuba cara yang lebih mudah setelah siang ikan, rendamkan ikan tersebut di dalam air yang dicampur dengan perahan limau nipis atau limau kasturi selama lebih kurang 30 minit. Bau hanyir akan berkurang atau hilang. Ada juga petua menggunakan asam jawa dan cara penggunaannya juga adalah sama seperti di atas.

RESEPI MASAK ASAM TEMPOYAK IKAN PATIN

Hari Ahad menjelang esok. Bagi suri rumah yang mahu menjamu keluarga dengan masakkan tradisional boleh mencuba resepi ini:

Bahan-bahan ( 4 org makan )

  • 9 biji bawang merah/kecik (tumbuk)
  • 6 biji bawang putih (tumbuk)
  • 1 inci halia (ketuk)
  • 1/2 inci kunyit (tumbuk)
  • 13 biji cilipadi (tumbuk)
  • 3 keping lengkuas (yg dihiris nipis2)
  • 1 mangkuk kecik tempoyak
  • daun kesom seikat
  • air secukupnya
  • ikan patin sederhana besar

Cara-cara

  1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk sehingga layu dan bau wangi.
  2. Tambah halia,kunyit dan lada yang ditumbuk.Kacau sebentar.Tambahkan air lebih kurang dalam 2 senduk.
  3. Letakkan ikan dan tambah air sehingga paras ikan.Masukkan lengkuas.
  4. Letakkan tempoyak dan garam sedikit.Tunggu sehingga mendidih.
  5. Bila dah mendidih,masukkan daun kesom dan kacau sedikit2.
  6. Tutupkan periuk lebih kurang dalam 15 minit. Kemudian rasa masam dan masinnya.
  7. Sekiranya tempoyak terlalu masam boleh tambah sedikit gula.Kalu terkurang masam blh tambah asam keping.

Kemudian boleh di hidang. :)

Sekiranya suka kuah pekat boleh dilebihkan tempoyak.Jika suka kuah cair lebihkan sedikit air. Bawang merah,bawang putih dan lada boleh disesuaikan mengikut cara masing-masing memasak.

Thursday 29 September 2011

MASAK ASAM PEDAS IKAN PARI

Memandangkan esok ada diantara kita yg bercuti dan hendak meluangkan masa bersama keluarga apa kata cuba resepi ini untuk hidangan sekeluarga...


Bahan-bahan untuk ( 5-6 org )

  • 3 ketul ikan pari(ikut saiz yg disukai)
  • 7 biji cili padi
  • 2 biji cili merah
  • 5 ulas bawang kecil
  • 2 keping asam keping
  • 1/2 paket serbuk kari ikan
  • belacan(sebesar ibu jari tangan)
  • segenggan daun kesum
  • setangkai bunga kantan
  • sebiji timun
  • garam dan bahan perasa
  • 2 mangkuk air



Cara-cara

  1. kisar cili padi,cili merah,belacan dan bawang
  2. masakkan bhn kisar bersama2 rempah dengan api perlahan hingga cili dan rempah masak
  3. masukkan asam keping
  4. tambahkan air
  5. masukkan ikan pari
  6. masukkan daun kesum dan bunga kantan
  7. tambah garam dan perasa
  8. potong timun menyerong dan masukkan dlm asam pedas
  9. biar mendidih sehingga ikan dan timun masak, hidangkan
SELAMAT MENCUBA :)
Bila sebut pasal masalah keputihan, sudah tentulah ianya berkaitan dengan wanita. Namun, sebagai suami yang prihatin, anda perlulah juga mengambil tahu mengenainya. Keputihan yang disebabkan oleh keluarnya lendir dari saluran vagina sering menimbulkan kerisauan dan ketakutan di kalangan kaum hawa. Rasa tak selesa atau gatal-gatal pasti wujud.

Bagi mengatasi keputihan ni, ada 2 petua tradisional yang ingin saya kongsi dengan anda. Kaedah pertama, anda perlukan pucuk pegaga sebagai ramuan asas. Manakala yang kedua pula, anda perlukan daun sirih sebagai bahan utamanya.


KAEDAH 1:


1. Ambil secekak pucuk pegaga sekali dengan akarnya dan bersihkannya.

2. Kemudian anda rebuslah pucuk pegaga tadi bersama dengan 2 gelas air bersih.

3. Masukkan sedikit garam ke dalam air rebusan itu.

4. Setelah mendidih, biarkannya sejuk dahulu.

5. Bila dah sejuk nanti, anda tapis air rebusan tadi.

6. Minum air tersebut 2 kali sehari.

7. Amalkan kaedah ini sehinggalah masalah keputihan atau rasa gatal tu sembuh.


Ataupun anda boleh cuba cara kedua seperti di bawah ini sebagai alternatif.

KAEDAH 2:


1. Ambil 12 helai daun sirih dan bersihkannya.

2. Kemudian, sediakan kira-kira 1 liter air suam.

3. Ramas kesemua daun sirih tadi bersama-sama dengan air suam.

4. Tapislah air tersebut.

5. Gunakan air tapisan itu untuk mencuci bahagian sulit anda.

6. Sebaik-baiknya bagi anda yang beragama Islam, berselawatlah ke atas Nabi S.A.W sebanyak 3 kali sebelum mencuci bahagian tersebut.

7. Selain dapat menghilangkan rasa gatal dan bau, cara ini dikatakan dapat merapatkan kembali bahagian sulit  wanita.

8. Lakukan cara ini sehingga anda dapat mengatasi keputihan yang dialami....Insyallah.

SELAMAT MENCUBA






MENEGANGKAN PAYU DARA

Ibu-ibu yang menyusukan anak bimbang payu dara mereka akan menjadi kendur. Cara untuk mengatasinya ialah dengan cara :-

Sapukan sedikit minyak kelapa pada permukaan daun sirih yang segar.
Kemudian layurkan di atas api yang sederhana panasnya.
Setelah layu, ramas dan sapukan pada payu dara kecuali putingnya.
Lakukan selama tiga hari berturut-turut.

UNTUK KULIT CERAH DAN LICIN

Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.

MENGURANGKAN RAMBUT YANG GUGUR

Caranya adalah dapatkan daun lidah buaya, ambil lendirnya sahaja. Kemudian campurkan lendir daun lidah buaya ini bersama dengan bunga raya putih dan juga daun bunga tersebut. Ketiga-tiga bahan ini dimasukkan ke dalam blender dan blend menggunakan sedikit air (sedikit sahaja)....kemudian sapukan pada pangkal rambut anda....Insyallah masalah keguguran rambut anda akan berkurangan......

PETUA MELANCARKAN PERIOD (DATANG BULAN)

Khas utk kaum wanita yg x lancar period. Time period amalkan minum teh o campur halia n madu. Insyaallah blh membantu perjalanan darah.

PETUA UNTUK SEJUKKAN BADAN....

Isi aleo vera atau lidah buaya. Maknanya isi dia yg putih tu dimasak dgn air campur gula dan sebatang dua serai. Nak aroma letak hirisan lemon. Cubala...