Wednesday 5 October 2011

MAAF


Setiap insan di dunia ini adalah khalifah Allah dan dipertanggungjawabkan mentadbir alam ini. Kekuatan seorang khalifah Allah sangat hebat, mampu menghentikan lahar berapi, membina benteng dari yakjuj makjuj, menghentikan limpahan nil., mengalih istana balqis dan sebagainya...selagi diizinNYA.
Sebagai manusia kita juga adalah makhlukNya yang punya banyak kekurangan. Kadang kala kita tidak mampu menguasai nafsu dan menewaskan bisikan syaitan dalam diri.
Contoh paling mudah tapi paling sukar dilakukan.....MAAF. Sama ada memohon kemaafan atau memaafkan.
Mudahkah kita memaafkan atau memohon maaf dengan hati yang tulus dan ikhlas?
Jangan sesekali fikir tentang dosa seseorang.. dia buat ini atau dia buat itu dan bagai.. sebaliknya, anggap itu semua dari NYA dan DIA yang mengizinkan sesuatu berlaku, lalu tarik sakinah dalam diri dengan menampakkan kekuasaan ILAHI dalam perbuatan itu dan cepat masukkan rasa kemaafan dalam diri terhadap sipolan. lalu bila dia hadir di hadapan kita, kita masukkan aura tenang dan kasih dalam pandangan kita terhadapnya, .. bertegur sapa, bersalam mesra dan berbual ceria. insyaallah kemaafan akan terus masuk dan terus ke lubuk hati. kekalkan perasaan kasih dan rasa sayang itu lalu campak jauh perbuatannya dari memori.
Rendahkanlah diri memohon maaf sekiranya kita melakukan kesilapan sama ada sedar atau tidak. Tidak salah merendah diri untuk memohon kemaafan. Tidak bermakna kita merendahkan maruah kita. Malah dengan memohon kemaafan kita hambaNya berani dan jujur. Mohonla kemaafan kerana kita mahu insaf dari kesilapan bukan hanya kerana ingin memenangi hati semula. Bila kemafaan yang kita pohon itu benar-benar iklhas Insyaallah...lambat laung kita akan perolehinya
Maafkanlah orang di sekililing, seikhlas hati kita dan kita mohonlah agar ALLAH melembutkan hati orang di sekitar juga terbuka untuk memaafkan kita. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang muflis di hari perhintungan nanti, Insyaallah.

No comments:

Post a Comment