Sunday 2 October 2011

TIPS ATASI MASALAH ANAK KENCING MALAM

Masalah kencing malam merupakan perkara biasa. Seeloknya anak kita di ajar membuang air kecil seawal yang boleh supaya mereka tahu mengurus diri. Biar saya berkongsi tips sikit dengan anda :
  1. Setiap malam disiplinkan anak anda untuk membuang air terlebih dahulu sebelum tidur.
  2. Jika di siang hari, ingatkan anak anda untuk membuang air 2 atau 3 jam sekali.
  3. Biasakan setiap malam dengan mengejutkan anak anda untuk buang air kecil supaya mereka biasa.
  4. Beri penghargaan. Setiap kali anak anda bangun tilam tidak basah, pujilah sikit supaya mereka rasa bangga.
  5. Ajarkan anak anda kenapa mereka tidak boleh kencing tilam. Ajar tentang hukum najis, kebersihan, kuman yang senang membiak, tilam yang berbau dan sebagainya.
  6. Alas atau lapik tilam dengan plastik atau pad yang lebar dan selalu di gunakan di hospital. 
  7. Sebelum tidur, pastikan mereka mandi petang dan membasuh kaki sebelum tidur. Pakai pakaian yang bersih dan harum.
  8. Berikan mereka kasih sayang sebelum tidur. Belai, peluk, bercerita atau temani mereka sehingga tidur.
  9. Doa. Ajarkan mereka berdoa sebelum tidur. Ibubapa juga perlu berdoa untuk mereka.

Jika kita membiasakan anak kita dengan lebih awal, maka lebih awal masalah ini dapat diatasi.
Sebenarnya anak-anak kencing tempat tidur  puncanya secara tak langsung adalah ibubapa. Jadi jangan salahkan atau marahkan mereka. Marah diri sendiri dan betulkan keadaan.

Pakar-pakar psikologi mengatakan mereka berbuat begitu kerana sikap keras ibubapa terhadap mereka. Mereka menzahirkan protes secara tak sedar kerana mereka kecil dan tak dapat melawan. Kencing tanpa sedar ini berlaku selain sebagai protes ia juga kerana mereka hendak mendapat perhatian dan kasih sayang yang pada mereka belum cukup.   Jadi ciptakan kebahagiaan dalam suasana hidup mereka.  Tips 7-9 sesuai untuk tujuan ini. Luangkan lagi masa hanya 5 minit sebelum mereka tidur. Sekian. Cuba la.

No comments:

Post a Comment