Monday 17 October 2011

Resepi Sambal Ijo (Sambal hijau ala padang)


13 Tangkai cili hijau
7 Tangkai cili padi (warna hijau)
1 ulas bawang besar
1 biji tomato (warna hijau)
100 gram ikan bilis
*100 gram terung pipit
*1 papan petai (dibuang kulitnya dan dipotong kepada 2 bahagian)
1 limau kasturi atau limau nipis (jusnya sahaja)



Sedikit pes ikan bilis
Sedikit minyak masak untuk menggoreng
Garam dan gula secukup rasa
*optional kalau tak de pun tak per....

Cara-caranya

  1. Kukus cili hijau dan cili padi. Buang bijinya.
  2. Goreng ikan bilis sehingga garing dan asingkan. Jika tidak suka ikan bilis rangup abaikan langkah ini.      Hanya perlu tubmuk sedikit ikan bilis tersebut.
  3. Tomato dipotong dadu
  4. Mayang bawang besar
  5. Tumbuk cili, tomato dan bawang bersama (jangan sampai hancur)
  6. Panaskan minyak dan goreng semua bahan yang telah di tumbuk, terung pipit dan petai.
  7. Masukkan garam, gula, pes ikan bilis dan asam keping secukup rasa.

Sesuai dihidang bersama nasi putih panas-panas....


Sedikit info untuk dikongsi bersama...
Khasiat terung pipit
Terung pipit merupakan tumbuhan liar di Malaysia. terung pipit biasanya dimakan mentah atau dicelur untuk dibuat ulam. Berdasarkan kajian terung pipit mengandungi 2% protein, 0.1% lemak, 7.9% karbohidrat dan mengandungi banyak fosforus, sedikit zat besi, banyak vitamin A dan C serta sedikit vitamin BI. Terung pipit juga dikatakan mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai solasodin sebanyak 0.84%. Steroid ini penting untuk menghasilkan pil perancang keluarga. Terung pipit juga digunakan untuk mengubati retak kulit pada kaki, mencuci darah dengan meminum air rebusannya, melegakan kesakitan, penawar racun ular dan serangga serta menjadi ubat yang berkesan untuk meredakan sakit perut.

No comments:

Post a Comment